Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Gunaan Bahasa Melayu Komunikasi Professional di Universiti Teknologi Mara. Hidup kita cuma sementara, oleh itu setiap penulisan haruslah yang baik-baik belaka. Impianku cuma satu iaitu bahagiakan keluarga. Dan In sha Allah jika dipanjangkan umur akan penuhi impian kedua cinta hati ke tanah suci. Sebagai anak pertama daripada tiga beradik dalam keluarga, in sha Allah akan berikan contoh yang baik untuk adik-adik. Berpegang kepada kata-kata seseorang iaitu "Semalam adalah sejarah, esok adalah harapan, hargai hari ini kerana hari ini adalah anugerah". In sha Allah akan kujadikan hari esok lebih baik dan akan kuhargai setiap hari yang merupakan anugerah tuhan buat diriku. Jaga Hati Jaga Iman. Hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.
Y Allah, Kau tahu hati ini terikat suka akan indahnya seorang insan ciptaanMu. Tapi aku takut, Cinta yang belum waktunya menjadi penghalang ku mencium syurgaMu. Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini, sampai waktunya, Andainya Engkau mempertemukan dengannya kelak. Berikan aku kekuatan untuk melupakannya sejenak. Bukan kerana aku tak mencintainya, Tetapi kerana aku sangat mencintainya......

Cinta sebelum nikah itu, macam menguyah sebalang gula-gula getah. kunyah la banyak mana pun, makin lama makin tawar. sebab manisnya cuma di luar. cuma selapis.
cinta sesudah nikah pula, macam makan sepinggan buah melaka. makin banyak kita makan, makin terasa manisnya. sebab manisnya di dalam, walau luarnya tawar.Manis cinta sebelum bernikah, hanyalah tipu daya untuk mengisi ruang kosong yang sementara. manis cinta sesudah bernikah, inshaAllah mengisi sebahagian jiwa untuk di dunia, dan pastinya di akhirat sana.