Fifahh
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah
Sunday, May 15, 2016 • 10:10 PM • 0 comments

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
Credit to http://www.nizarazu.com/

Doa Saidina Ali disaat jatuh cinta dengan Fatimah
Friday, April 17, 2015 • 2:43 AM • 0 comments
Y Allah,
Kau tahu hati ini terikat suka akan indahnya
seorang insan ciptaanMu.

Tapi aku takut,
Cinta yang belum waktunya menjadi
penghalang ku mencium syurgaMu.

Berikan aku kekuatan menjaga cinta ini,
sampai waktunya,
Andainya Engkau mempertemukan
dengannya kelak.

Berikan aku kekuatan untuk melupakannya
sejenak.
Bukan kerana aku tak mencintainya,
Tetapi kerana aku sangat mencintainya......

Jarak
Wednesday, September 3, 2014 • 10:37 AM • 0 comments
Merasai jiwa sudah tidak serasi seperti dulu, 
maka langkah awal ialah mencipta jarak.

Menjauh itu menjaga, 

Sejujurnya, aku benci perkataan itu. 

Tetapi, itu hukum yang perlu dilaksana sebelum aku sendiri terima padahnya.


Kau menjauh, dan makin menjauh.


Aku harap aku tidak rapuh.

Aku harap aku tidak jatuh.

Moga dengan kejauhan kau, aku makin utuh dan teguh.


Rabb, permudahkanlah hati ini. 


Cinta itu ialah apabila kita meletakkan seseorang begitu mulia dalam doa kita.


via suamsuamkuku

Adil
Tuesday, September 2, 2014 • 11:20 AM • 0 comments
Suatu hari.

Suatu hari nanti,
Kau sendiri akan terkesan dengan robek luka yang kau buat dekat aku.

Suatu hari nanti,
Kau akan mengerti,macam mana sakit diludah kawan sendiri.

Wallahi,aku tak pernah doa kau binasa tercela.
Tapi,
Aku harap akan datang seorang dalam hidup mu,seakan persis diri kau dulu.

Waktu kau tenyeh lemah aku.


Adil.


(via kisahdarisyurga)



Demi Cinta Suci
Sunday, June 8, 2014 • 4:04 AM • 0 comments
Sahabat,
Apabila kita diuji untuk bercinta,
Atau mencintai,
Atau dicintai,
Ingatlah Allah, ingatlah larangan-Nya.

Ujian cinta itu luar biasa,
Yang hidup rela mati,
Yang kaya rela miskin,
Yang dizalimi rela dizalimi.

Cinta adalah perasaan yang semua manusia merasainya.
Hatta Nabi SAW sekalipun. 
Lihatlah cinta baginda SAW pada isteri-isteri baginda.
Lihatlah cinta sahabat-sahabat baginda pada kekasih hati mereka.
Indah, bukan?

Ya. Indah, kerana mereka semua bercinta dan saling kasih mengasihi selepas nikah.

Kawal hati kita.

Kerana hati kita sedang diuji, sedang diuji sama ada kita semakin mengingatiNya,

Atau sebaliknya.

Mohon petunjuk dariNya.
Cinta itu pendekat kita kepada Allah,
Bukan pendekat kita kepada nerakaNya.

Cinta sangat suci dan bersih asalnya. Ia menjadi kotor kerana kotoran dosa dan maksiat.

Mari, buktikan cinta kita padaNya dengan menjaga CINTA.

Moga Allah redha, In Sha Allah. 




Permata yang dicari
Wednesday, May 28, 2014 • 9:15 AM • 0 comments

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya 
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah 
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Lelaki dan cinta?
Sunday, May 25, 2014 • 11:21 AM • 0 comments
Aku dan Dia sudah PUTUS 

“aku dan dia dah putus…”


“kenapa?”


“aku dah tak sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau tak kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah tak mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. tak dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku tak boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tak 
hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”


“maksud kau?”


“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”


“teruskan aku dengar…”


“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.


Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”


“so sekarang?”


“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”


“lelaki?cinta?”


“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”


“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”


“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.


Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”






PAST
MY WORDS;
Cinta sebelum nikah itu, macam menguyah sebalang gula-gula getah. kunyah la banyak mana pun, makin lama makin tawar. sebab manisnya cuma di luar. cuma selapis. cinta sesudah nikah pula, macam makan sepinggan buah melaka. makin banyak kita makan, makin terasa manisnya. sebab manisnya di dalam, walau luarnya tawar.Manis cinta sebelum bernikah, hanyalah tipu daya untuk mengisi ruang kosong yang sementara. manis cinta sesudah bernikah, inshaAllah mengisi sebahagian jiwa untuk di dunia, dan pastinya di akhirat sana.

LISTEN LISTEN ;



OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Kenapa ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah
  • Doa Saidina Ali disaat jatuh cinta dengan Fatimah
  • Jarak
  • Adil
  • Demi Cinta Suci
  • Permata yang dicari
  • Lelaki dan cinta?
  • Bercinta hingga ke Syurga